Latar Belakang 5S Sarawak Skills

PPKS telah mula mengamalkan amalan 5S dan mendapat pensijilan yang dikeluarkan oleh MPC sejak tahun 2010.

Sebagai usaha untuk mengekalkan (sustain) pembudayaan Amalan 5S ini, pihak pengurusan PPKS telah bersetuju untuk mendapatkan semula pensijilan Amalan 5S pada 2015 dan bagi tujuan ini, MPC sekali lagi telah dipilih sebagai badan pensijilan berdasarkan keutamaan dan fokus MPC dalam membudayakan Amalan 5S dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Perancangan untuk mendapatkan pensijilan semula 5S dimulakan dengan menjemput pihak MPC yang diwakili oleh Pengarah Wilayah pada masa tersebut iaitu En. Norjayadi Tamam untuk memberikan taklimat 5S kepada warga kerja PPKS pada 24 April 2015. Pada hari ini juga, bekas Pengarah Eksekutif iaitu Dato Haji Baharudin Abdullah telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Pensijilan Semula Amalan 5S bagi PPKS.

Pra Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh MPC telah diadakan pada 22 Mac 2016 dan PPKS telah disyorkan untuk audit pematuhan.

Sejak itu, PPKS terus komited dalam melaksanakan 5S dan aktif memperbaharui sijil pada setiap tahun hingga ke hari ini.

Polisi 5S

Kami bertekad untuk memastikan prinsip amalan 5S di tempat kerja diamalkan untuk mencapai produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang cemerlang melalui semangat berpasukan dan berdisiplin

Objektif 5S

1. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, selesa dan bersih setiap masa.

  • Mencapai kemalangan sifar di tempat kerja sepanjang tahun
  • Menjalankan audit dalaman sebanyak 2 kali setahun
  • Menjalankan gotong royong zon sebanyak 2 kali setahun
  • Mengadakan gotong royong perdana sekali setahun

2.Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap persekitaran dan perkhidmatan

  • Mencapai peratusan 85% untuk kepuasan pelanggan
  • Memberi maklum balas 100% terhadap aduan pelanggan.Menggalakkan budaya kerja yang kreatif dan inovatif
  • Idea inovatif dan kreatif dari kakitangan untuk meningkatkan produktiviti

3. Menyediakan aktiviti latihan dan promosi bagi memupuk budaya ‘Sentiasa Amal’

  • Menyediakan sekurang-kurangnya 2 program latihan untuk ahli zon
  • Mengadakan sekurang-kurangnya 2 pertandingan antara zon
  • Simbol 5 kelopak menggambarkan 5 elemen 5S dan melambangkan imej amalan hijau (Go Green).
  • Logo Sarawak Skills melambangkan imej korporat dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta Sarawak Skills.
  • Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam Dan Sentiasa Amal melambangkan Amalan Persekitaran Berkualiti yang diamalkan oleh semua warga Sarawak Skills.
  • Hijau – Melambangkan nilai-nilai murni yang positif, peka terhadap persekitaran, kekemasan, dan kebersihan.

“Pembudayaan 5S; Menjana Inovasi, Meningkatkan Produktiviti”

Zon Intergriti

Ketua: En James Limbai | Fasilitator: Cik Madihah Haji Muhamad Sedek
  • Keluasan: 1,474m2 
  • Blok A, Aras 1 & 2, Kawasan Letak Kereta, Padang Bola Tampar, Gelanggang Sepak Takraw, Tasik, Surau dan kawasan sekitar.

Zon Transformasi

Ketua: En Frank Zane | Fasilitator: Pn. Diana Ramping
  • Keluasan: 7,956 m2
  • Bangunan Korporat Aras 0-5, Dewan Serbaguna, Kawasan Lanskap depan Dewan Serbaguna dan kawasan sekitar.

Zon Dinamik

Ketua: Pn. Nur Hamizar Mohamed Rais | Fasilitator: Dr Tracy Dickie
  • Keluasan: 1,830 m2
  • Blok KV, Blok Kelas i-CATS Aras 1-3, Blok Makmal Teknologi Hijau, Bengkel Mekanikal i-CATS, Pejabat Unit Peperiksaan, Bay Elektrik dan kawasan sekitar.

Zon Efisien

Ketua: En Amirul Fitri Karim | Fasilitator: Pn. Aainaa Aqilah Ibrahim
  • Keluasan: 1,200 m2
  • Bangunan Unit IT, Blok B, C dan kawasan sekitar.

Zon Produktif

Ketua: Pn. Nur Qurratu Aini Nordin | Fasilitator: En. Albert Elizabeth
  • Keluasan: 3,844 m2
  • Blok H, Aras 1-3, Auditorium, Kawasan Letak Kereta di hadapan dan di tepi Blok H dan kawasan sekitar.

Pencapaian 5S

Gold Award of Annual Quality Environment Challenge (AQEC) 2021

Mendapat Anugerah Emas dalam penyertaan Annual Quality Environment Challenge (AQEC) 2020 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC).