PPKS telah mula mengamalkan amalan 5S dan mendapat pensijilan yang dikeluarkan oleh MPC sejak tahun 2010.
Sebagai usaha untuk mengekalkan (sustain) pembudayaan Amalan 5S ini, pihak pengurusan PPKS telah bersetuju untuk mendapatkan semula pensijilan Amalan 5S pada 2015 dan bagi tujuan ini, MPC sekali lagi telah dipilih sebagai badan pensijilan berdasarkan keutamaan dan fokus MPC dalam membudayakan Amalan 5S dalam pelbagai sektor di Malaysia.
Perancangan untuk mendapatkan pensijilan semula 5S dimulakan dengan menjemput pihak MPC yang diwakili oleh Pengarah Wilayah pada masa tersebut iaitu En. Norjayadi Tamam untuk memberikan taklimat 5S kepada warga kerja PPKS pada 24 April 2015. Pada hari ini juga, bekas Pengarah Eksekutif iaitu Dato Haji Baharudin Abdullah telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Pensijilan Semula Amalan 5S bagi PPKS.
Pra Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh MPC telah diadakan pada 22 Mac 2016 dan PPKS telah disyorkan untuk audit pematuhan.
Sejak itu, PPKS terus komited dalam melaksanakan 5S dan aktif memperbaharui sijil pada setiap tahun hingga ke hari ini.
Polisi 5S
Kami bertekad untuk memastikan prinsip amalan 5S di tempat kerja diamalkan untuk mencapai produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang cemerlang melalui semangat berpasukan dan berdisiplin
Objektif 5S
1. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, selesa dan bersih setiap masa.
Mencapai kemalangan sifar di tempat kerja sepanjang tahun
Menjalankan audit dalaman sebanyak 2 kali setahun
Menjalankan gotong royong zon sebanyak 2 kali setahun
Mengadakan gotong royong perdana sekali setahun
2.Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap persekitaran dan perkhidmatan
Mencapai peratusan 85% untuk kepuasan pelanggan
Memberi maklum balas 100% terhadap aduan pelanggan.Menggalakkan budaya kerja yang kreatif dan inovatif
Idea inovatif dan kreatif dari kakitangan untuk meningkatkan produktiviti
3. Menyediakan aktiviti latihan dan promosi bagi memupuk budaya ‘Sentiasa Amal’
Menyediakan sekurang-kurangnya 2 program latihan untuk ahli zon
Mengadakan sekurang-kurangnya 2 pertandingan antara zon
“Pembudayaan 5S; Menjana Inovasi, Meningkatkan Produktiviti”
Zon Intergriti
Ketua: En James Limbai
| Fasilitator: Cik Madihah Haji Muhamad Sedek
Keluasan: 1,474m2
Blok A, Aras 1 & 2, Kawasan Letak Kereta, Padang Bola Tampar, Gelanggang Sepak Takraw, Tasik, Surau dan kawasan sekitar.
Zon Transformasi
Ketua: En Frank Zane
| Fasilitator: Pn. Diana Ramping
Keluasan: 7,956 m2
Bangunan Korporat Aras 0-5, Dewan Serbaguna, Kawasan Lanskap depan Dewan Serbaguna dan kawasan sekitar.
Zon Dinamik
Ketua: Pn. Nur Hamizar Mohamed Rais
| Fasilitator: Dr Tracy Dickie
Keluasan: 1,830 m2
Blok KV, Blok Kelas i-CATS Aras 1-3, Blok Makmal Teknologi Hijau, Bengkel Mekanikal i-CATS, Pejabat Unit Peperiksaan, Bay Elektrik dan kawasan sekitar.
Zon Efisien
Ketua: En Amirul Fitri Karim
| Fasilitator: Pn. Aainaa Aqilah Ibrahim
Keluasan: 1,200 m2
Bangunan Unit IT, Blok B, C dan kawasan sekitar.
Zon Produktif
Ketua: Pn. Nur Qurratu Aini Nordin
| Fasilitator: En. Albert Elizabeth
Keluasan: 3,844 m2
Blok H, Aras 1-3, Auditorium, Kawasan Letak Kereta di hadapan dan di tepi Blok H dan kawasan sekitar.
Pencapaian 5S
Mendapat Anugerah Emas dalam penyertaan Annual Quality Environment Challenge (AQEC) 2020 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC).